Aktiviti
bergotong-royong dapat menjalin dan memperkukuh semangat kejiranan促进和巩固邻里精神. Masyarakat kini sibuk dalam mencari rezeki. Mereka tidak
mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing.
Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan
agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama. Dengan itu, hubungan
antara jiran akan menjadi lebih rapat seperti
isi dengan kuku关系密切.
Semangat perpaduan antara kaum juga dapat
dipupuk种族之间的团结精神
melalui aktiviti
bergotong-royong. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum menyertai aktiviti
gotong-royong yang diadakan di sesuatu tempat secara bekerjasama. Sambil
membersihkan kawasan kediaman, mereka berpeluang untuk saling mengenali dan
beramah mesra antara kaum. Dengan itu, kesejahteraan dan keharmonian hidup antara
kaum dapat dikekalkan.
Selain
itu, aktiviti bergotong-royong turut dapat memudahkan dan mempercepat
sesuatu kerja yang dilaksanakan简化和加快执行的工作.
Kerja yang sukar akan menjadi mudah dan kerja yang berat akan menjadi ringan
bertepatan dengan peribahasa, ‘berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing有福同享,有难同当’. Hal ini demikian kerana aktiviti
gotong-royong melibatkan ramai orang. Dengan itu, masa, tenaga dan kos juga
dapat dijimatkan.
Melalui
aktiviti bergotong-royong, persekitaran kawasan kediaman juga akan menjadi
lebih bersih住宅区四周环境更清洁. Hal ini demikian kerana
penduduk bersama-sama membersihkan kawasan kediaman mereka. Contohnya, membersihkan
sampah-sarap, membersihkan longkang yang tersumbat, menebas semak samun dan
sebagainya. Persekitaran yang bersih akan menghalang pembiakan haiwan pembawa
penyakit seperti nyamuk, lalat, tikus dan sebagainya. Persekitaran yang bersih
juga akan menjadikan kehidupan penduduk setempat bertambah sihat dan sejahtera.
Kesimpulannya,
amalan bergotong-royong merupakan teras kemajuan diri, masyarakat dan negara.
Amalan ini banyak membawa faedah. Oleh itu, kita perlu menyuburkan semula
amalan mulia ini dan mengikis sikap memetingkan diri sendiri seperti peribahasa
enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing自私自利.
好
回复删除好的
回复删除