Aku
sebuah basikal. Nama aku ialah BMX. Aku dilahirkan di sebuah kilang basikal di
Johor.
Seleps siap dibuat, aku dihantar ke sebuah
kedai basikal. Aku dipamerkan di dalam kedai itu. Tuan kedai itu melabelkan
harga pada badan aku. Harga aku ialah RM 300.
Pada suatu petang, seorang budak lelaki
datang ke kedai. Dia ingin membeli sebuah basikal yang baharu. Dia memilih aku
lalu membeli aku. Tuan aku bernama Tan Hock Seng.
Hock Seng amat menghargai aku. Dia
menunggang aku ke sekolah setiap hari dengan berhati-hati. Setiap minggu, dia akan mencuci aku.
Oleh itu, aku sentiasa bersih dan cantik. Ramai kawan Hock Seng memuji aku.
Namun, malang tidak berbau. Pada suatu
hari, seekor anjing mengejar tuan aku apabila tuan aku menunggang aku ke
sekolah. Hock Seng tidak ternampak longkang di hadapan. Aku terjatuh ke dalam
longkang. Tuan aku berguling ke dalam longkang. Tuan aku bangun lalu menuntun
aku ke sekolah. Aku telah rosak. Tuan aku berasa sakit hati.
Ibu Hock Seng membeli sebuah basikal
yang baharu dan cantik untuk Hock Seng. Hock Seng terpaksa membuang aku. Namun,
aku berasa bangga kerana pernah berkhidmat kepada tuan aku.
学生作品:Lai Yico
😭😭😭😭不好
回复删除...
回复删除