页面

2013年3月30日星期六

Faedah Aktiviti Bergotong-royong 分工合作活动的好处

                 Gotong-royong dapat didefinisikan sebagai membuat aktiviti secara berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela atau tanpa  menikmati bayaran ataupun upah. Amalan bergotong-royong perlu dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat kerana banyak mendatangkan faedah kepada semua pihak.

                Aktiviti bergotong-royong dapat menjalin dan memperkukuh semangat kejiranan促进和巩固邻里精神. Masyarakat kini sibuk dalam mencari rezeki. Mereka tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama. Dengan itu, hubungan antara jiran akan menjadi lebih rapat seperti isi dengan kuku关系密切.

                 Semangat perpaduan antara kaum juga dapat dipupuk种族之间的团结精神 melalui aktiviti bergotong-royong. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum menyertai aktiviti gotong-royong yang diadakan di sesuatu tempat secara bekerjasama. Sambil membersihkan kawasan kediaman, mereka berpeluang untuk saling mengenali dan beramah mesra antara kaum. Dengan itu, kesejahteraan dan keharmonian hidup antara kaum dapat dikekalkan.

                Selain itu, aktiviti bergotong-royong turut dapat memudahkan dan mempercepat sesuatu kerja yang dilaksanakan简化和加快执行的工作. Kerja yang sukar akan menjadi mudah dan kerja yang berat akan menjadi ringan bertepatan dengan peribahasa, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing有福同享,有难同. Hal ini demikian kerana aktiviti gotong-royong melibatkan ramai orang. Dengan itu, masa, tenaga dan kos juga dapat dijimatkan.

                Melalui aktiviti bergotong-royong, persekitaran kawasan kediaman juga akan menjadi lebih bersih住宅区四周环境更清洁. Hal ini demikian kerana penduduk bersama-sama membersihkan kawasan kediaman mereka. Contohnya, membersihkan sampah-sarap, membersihkan longkang yang tersumbat, menebas semak samun dan sebagainya. Persekitaran yang bersih akan menghalang pembiakan haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk, lalat, tikus dan sebagainya. Persekitaran yang bersih juga akan menjadikan kehidupan penduduk setempat bertambah sihat dan sejahtera.

                Kesimpulannya, amalan bergotong-royong merupakan teras kemajuan diri, masyarakat dan negara. Amalan ini banyak membawa faedah. Oleh itu, kita perlu menyuburkan semula amalan mulia ini dan mengikis sikap memetingkan diri sendiri seperti peribahasa enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing自私自利.

2 条评论:

欢迎留言^^