2013年2月6日星期三

Faedah Kokurikulum 课外活动的好处


Pihak sekolah mewajibkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum bermaksud kegiatan luar bilik darjah yang dijalankan setiap minggu di bawah pengawasan guru penasihat. Contoh kegiatan tersebut ialah Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pengakap, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Sejarah, Kelab Badminton dan sebagainya. Kegiatan kokurikulum membawa pelbagai faedah kepada para pelajar.

Para pelajar dapat mengisi masa lapang填补空闲时间 dengan melakukan aktiviti yang berfaedah ini . Seseorang pelajar dapat mengelakkan diri daripada membuang masa dengan melepak di pusat beli-belah atau bergaul dengan budak-budak yang berniat jahat. Dengan itu, pelajar tidak akan terjerumus ke dalam lembah kehinaan自甘堕落.

Kegiatan kokurikulum dapat mengasah kepimpinan 磨练领导能力para pelajar. Setiap persatuan dan kelab mempunyai pelbagai jawatan seperti pengerusi, bendahari, setiausaha dan sebagainya. Dalam memegang jawatan dan merancang sesuatu aktiviti, para pelajar akan berpeluang menunjukkan bakat kepimpinan. Dengan itu, pelajar dapat menyediakan diri sebagai bakal pemimpin pada masa hadapan.

 Pelajar dapat menyihatkan badan 强健身体melalui menyertai aktiviti sukan dalam kokurikulum. Dengan bersukan, para pelajar dapat menggerakkan otot badan, membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Dengan itu, pelajar dapat menjaga kesihatan diri seperti kata “mencegah lebih baik daripada merawat预防胜于治疗”. Di samping itu, pelajar dapat mengurangkan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum juga dapat meluaskan pergaulan mereka 扩大生活圈子. Hal ini demikian kerana mereka berpeluang mengenali banyak kawan baru melalui kelab dan persatuan yang disertai. Di samping itu, mereka juga dapat mengenali kawan daripada pertandingan di luar sekolah.  Mereka dapat saling bertukar pendapat dan pengalaman. Dengan itu, mereka tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung井底之蛙.

 Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum membawa faedah kepada para pelajar. Oleh itu, para pelajar harus giat menyertai kegiatan kokurikulum dan jangan menganggap kegiatan kokurikulum sebagai kegiatan yang membuang masa kerana tak kenal maka tak cinta有所认识才会有兴趣.

 

没有评论:

发表评论

欢迎留言^^