Pihak sekolah mewajibkan pelajar menyertai kegiatan
kokurikulum. Kegiatan kokurikulum bermaksud kegiatan luar bilik darjah yang
dijalankan setiap minggu di bawah pengawasan guru penasihat. Contoh kegiatan
tersebut ialah Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pengakap, Persatuan
Bahasa Melayu, Persatuan Sejarah, Kelab Badminton dan sebagainya. Kegiatan
kokurikulum membawa pelbagai faedah kepada para pelajar.
Para pelajar dapat mengisi masa lapang填补空闲时间 dengan melakukan aktiviti yang berfaedah ini . Seseorang
pelajar dapat mengelakkan diri daripada membuang masa dengan melepak di pusat
beli-belah atau bergaul dengan budak-budak yang berniat jahat. Dengan itu,
pelajar tidak akan terjerumus ke
dalam lembah kehinaan自甘堕落.
Kegiatan kokurikulum dapat mengasah kepimpinan 磨练领导能力para pelajar. Setiap persatuan dan kelab mempunyai
pelbagai jawatan seperti pengerusi, bendahari, setiausaha dan sebagainya. Dalam
memegang jawatan dan merancang sesuatu aktiviti, para pelajar akan berpeluang
menunjukkan bakat kepimpinan. Dengan itu, pelajar dapat menyediakan diri
sebagai bakal pemimpin pada masa hadapan.
Pelajar dapat menyihatkan
badan 强健身体melalui menyertai aktiviti sukan
dalam kokurikulum. Dengan bersukan, para pelajar dapat menggerakkan otot badan,
membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Dengan itu, pelajar
dapat menjaga kesihatan diri seperti kata “mencegah
lebih baik daripada merawat预防胜于治疗”. Di samping itu, pelajar dapat mengurangkan
risiko menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, sakit jantung,
tekanan darah tinggi dan sebagainya.
Pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum juga dapat
meluaskan pergaulan mereka 扩大生活圈子. Hal
ini demikian kerana mereka berpeluang mengenali banyak kawan baru melalui kelab
dan persatuan yang disertai. Di samping itu, mereka juga dapat mengenali kawan
daripada pertandingan di luar sekolah.
Mereka dapat saling bertukar pendapat dan pengalaman. Dengan itu, mereka
tidak dianggap seperti katak di bawah
tempurung井底之蛙.
Kesimpulannya,
kegiatan kokurikulum membawa faedah kepada para pelajar. Oleh itu, para pelajar
harus giat menyertai kegiatan kokurikulum dan jangan menganggap kegiatan
kokurikulum sebagai kegiatan yang membuang masa kerana tak kenal maka tak cinta有所认识才会有兴趣.
没有评论:
发表评论
欢迎留言^^