2021年6月23日星期三

Pelaksanaan KSSM secara Berperingkat Mulai Tahun 2017

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011. Bagi memastikan kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah, transformasi kurikulum dilaksanakan ke atas Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSM diperkukuh dan ditambah baik bagi memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21 serta selari dengan Pelan Transformasi Kerajaan. Kurikulum baharu ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

KSSM digubal dalam bentuk pernyataan standard iaitu pernyataan yang menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada suatu tempoh dan tahap persekolahan. Kompetensi ini diterjemahkan ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Tiga standard yang perlu dicapai oleh murid ialah standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi yang disediakan bagi setiap peringkat.

 

Pelaksanaan KSSM secara Berperingkat Mulai Tahun 2017

Ini bermaksud, KSSM akan dilaksanakan secara berperingkat pada semua peringkat sekolah menengah dan selaras dengan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) pada peringkat sekolah rendah seperti berikut:

Tingkatan 1 (KSSM mula dilaksanakan bermula tahun 2017 terhadap semua pelajar Tingkatan 1)

Tingkatan 2 (KSSM mula dilaksanakan bermula tahun 2018 terhadap semua pelajar Tingkatan 2)

Tingkatan 3 (KSSM mula dilaksanakan bermula tahun 2019 terhadap semua pelajar Tingkatan 3)

Tingkatan 4 (KSSM mula dilaksanakan bermula tahun 2020 terhadap semua pelajar Tingkatan 4)

Tingkatan 5 (KSSM mula dilaksanakan bermula tahun 2021 terhadap semua pelajar Tingkatan 5)

 

Sehubungan dengan itu, buku teks KBSM Tingkatan 5 tidak lagi digunakan di semua sekolah menengah di Malaysia bermula tahun 2021 kerana digantikan dengan buku teks KSSM yang baharu.

没有评论:

发表评论

欢迎留言^^