广告链接

*广告*

赖老师-专页 (按个赞)

2013年8月29日星期四

UPSR SJKC Kertas 2: Bahagian B (2005-2012)



2005
1.      Kamu menyayangi seseorang. Ceritakan orang yang kamu sayangi itu.
2.      Kamu akan menyambut sesuatu perayaan. Tulis persiapan yang kamu sekeluarga lakukan untuk menyambut perayaan tersebut.
3.      Kelas kamu bercadang akan mengadakan latihan sukan dan memerlukan beberapa alatan sukan. Kamu perlu menulis surat kepada guru Pendididkan jasmani sekolah kamu untuk meminjam alatan tersebut. Tulis surat itu selengkapnya.

2006
1.      Amalan menabung perlu dimulakan sejak kecil. Tulis sebuah karangan tentang faedah menabung.
2.      Rakan sekolah kamu telah dipilih sebagai Ketua Pengawas. Kamu sebagai pengarang majalah sekolah telah ditugaskan untuk menemu bualnya. Tulis temu bual tersebut.
3.      Tulis sebuah cerita. Akhiri cerita kamu dengan ayat di bawah.
       …Mereka gembira kerana pasukan mereka Berjaya dalam pertandingan itu.

2007
1.      Tulis karangan yang bertajuk, “Kawan Baik Saya”.
2.      Kamu sekeluarga telah menyaksikan satu pertandingan sukan. Ceritakan pengalaman kamu itu.
3.   Sekolah kamu mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Sebagai wakil murid, kamu diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis itu. Tulis ucapan itu dengan lengkap.

2008
1.      Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “Cita-cita saya”.
2.      Kamu dan kawan-kawan kamu telah menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ceritakan pengalaman kamu itu.
3.      Kamu telah berpindah ke rumah baharu. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan keadaan rumah itu.

2009
1.     Saya    dan    keluarga    dalam   perjalanan   ke   rumah   jiran   yang   mengadakan   majlis perkhawinan anak mereka. Setibanya kami di sana...
2.    Setiap   minggu   sekolah   kamu   mengadakan   perhimpunan.  Ceritakan  aktiviti-aktiviti semasa perhimpunan tersebut.
3.    Kamu mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di sekolah kamu. Tajuk syarahan itu ialah “Pentingnya Menjaga Kebersihan”. Tulis syarahan itu dengan lengkap.

2010
1.   Tulis sebuah karangan tentang aktiviti-aktiviti yang telah kamu lakukan bersama-sama keluarga pada hari cuti.
2.   Kamu sedang berbual-bual dengan seorang kawan baharu tentang sekolah kamu. Tulis dialog itu selengkapnya. Kamu boleh menggunakan rangkai kata di bawah sebagai panduan.
§  nama sekolah
§  bangunan sekolah
§  kemudahan yang ada
§  guru dan murid
§  keistimewaan sekolah
3.   Permainan  bola  sepak,  badminton,  bola  keranjang  dan  hoki adalah antara permainan yang disukai oleh murid-murid. Tulis sebuah karangan tentang permainan yang kamu suka.

2011
1.  Kamu telah menyertai rombongan sekolah melawat ke suatu tempat. Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai lawatan tersebut.
2.  Tulis karangan yang bertajuk “Kepentingan Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah”
3.    Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Guru. Kamu telah dipilih sebagai wakil murid untuk menyampaikan ucapan dalam majlis itu. Tulis ucapan itu selengkapnya.

2012
1.   Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Semua murid berjalan ke arah pintu pagar. Tiba-tiba... Mulakan karangan kamu dengan, Tiba-tiba....
2.   Kamu telah berkenalan dengan seorang murid yang baru berpindah ke kelas kamu. Ceritakan latar belakang kawan baharu kamu itu.
3. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang coklat. Sebagai setiausaha, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Guru Besar bagi memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan tersebut. Tulis surat itu selengkapnya.

大家从这历年考题发现了什么吗?

1 条评论:

  1. 请问赖老师有没有2012-2014的历年国语作文题目?

    回复删除

欢迎留言^^