2013年3月4日星期一

Aku Sebatang Pokok Kelapa我是一棵椰子树 (Autobiografi)

                Aku sebatang pokok kelapa. Aku ditanam oleh nelayan di tepi laut. Badan aku kurus dan tinggi lampai. Daun dan buah aku sungguh lebat.

               Ketika kecil lagi, aku dipagari agar tidak dimakan oleh lembu dan kambing. Pada musim kemarau baru aku disiram. Aku dibaja sebulan sekali supaya cepat membesar.

              Apabila besar aku amat berguna kepada manusia. Tuan aku memetik buah aku kerana air aku boleh diminum dan dijadikan ubat batuk. Lidi aku pula dapat dijadikan penyapu dan pencucuk sate. Daun aku dapat dijadikan sarung ketupat dan barang-barang kraf tangan.

              Penduduk kampung nelayan tuan aku menggunakan tempurung aku untuk membuat tabung duit dan senduk. Isteri tuan aku menggunakan sabut aku untuk membuat berus dan penyapu. Isi aku boleh dimakan dan dibuat kek dan kuih-muih.

              Pada suatu hari, tuan aku menebang aku kerana aku sudah tua. Aku pun tumbang. Aku berasa susah hati. Walau bagaimanapun, aku masih berasa bangga kerana batang aku masih boleh dijadikan titi untuk penduduk kampung.

              Begitulah akhirnya hayat aku.
        


资料来源: Cikgu Phang

               Aku sebatang pokok kelapa. Aku menjadi sebutan ramai. Aku ditanam oleh salah seorang nelayan yan baik hati di tepi pantai. Nelayan itu menjadi tuan aku.Kini, aku berumur sebelas tahun. Bentuk badan aku kurus dan tinggi lampai. Daun dan buah aku sungguh lebat.

               Ketika kecil, aku dibelai oleh tuan aku dengan penuh kasih saying bagai menatang minyak yang penuh. Aku juga dipagar dengan kawat berduri supaya lembu dan kambing yang dipelihara tidak akan makan aku. Pada musim kemarau, aku tetap dapat disiram oleh air. Aku hidup subur kerana dibubuh baja sebulan tiga kali.
                Apabila dewasa, aku member banyak kegunaan kepada keluarga tuanku. Air dalam buah aku boleh diminum. Isi aku pula boleh dibuat sebagai santan. Lidi aku turut dapat digunakan untuk membuat penyapu. Manakala daun aku boleh dijadikan sarung ketupat dan kraf tangan.
                Pada masa lapang, tuanku selalu bersama dengan monyet yang dipeliharanya memetik buah aku untuk diminum untuk menghilangkan dahaga meraka. Nenek tua aku pula sering memarut santan aku untuk memasak kari ayam. Selain itu, anak sulung tuan aku juga meraut lidi aku untuk membuat penyapu.
                Apabila aku berusia tua, kegunaan aku sudah kekurangan. Namun begitu, aku masih berbesar hati kerana badan aku ditebang oleh tuanku untuk dijadikan titi untuk memudahkan menyeberang sungai. Inilah kegunaan aku untuk penduduk kampong.
               Aku berasa gembira kerana dapat memberi sumbangan kepada tuan aku. Aku berharap cucu-cicit aku akan mengikut jejak aku.
 Dikarang oleh: Murid Tahun 6, SJK (C) Ming Tee

5 条评论:

欢迎留言^^