页面

2013年4月3日星期三

Ibu Bapa Berperanan Melahirkan Modal Insan yang Baik 父母扮演角色培育出好的人类资本模范


           Sebagaimana yang kita sedia maklumkan bahawa  ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam institusi keluarga. Mereka bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga malah juga mendidik anak supaya menjadi orang yang berguna. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan yang baik.

            Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada anak mereka 给予孩子足够的爱seperti menatang minyak yang penuh. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa lebih mementingkan pekerjaan dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa mesti meluangkan masa untuk menemani  dan berinteraksi dengan anak mereka. Dengan ini , ibu bapa dapat memahami kehendak anak. Apabila anak menghadapi masalah, ibu bapa perlu mendengar masalah mereka dan membimbing anak menyelesaikan masalah. Dengan ini, anak akan berasa disayangi dan diambil berat.

            Selain itu, ibu bapa mesti mendidik anak sejak kecil lagi 从小教育孩子seperti peribahasa melentur buluh biarlah dan rebungnya. Apabila anak melakukan kesalahan, ibu bapa mesti menasihati  atau menghukum anak. Dengan  ini , anak dapat sedar akan kesalahan diri dan dapat membezakan perkara yang baik dengan yang buruk. Sekiranya ibu bapa tidak membetulkan kesalahan anak, anak akan menganggap bahawa perbuatan tersebut adalah betul. Lama-kelamaan, perbuatan buruk itu menjadi tabiat anak kerana alah bisa tegal biasa. Jadi, didikan ibu bapa sejak kecil lagi diperlukan untuk melahirkan modal insan yang berdisiplin dan berguna.

            Di samping itu, ibu bapa perlu memberikan teladan yang baik kepada anak给予好的榜样给孩子, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini demikian kerana anak akan mengikut-ikut apa-apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Jadi, ibu bapa perlu memastikan bahawa mereka selalu menunjukkan tingkah laku yang terbaik supaya menjadi contoh yang terbaik untuk anak.

            Seterusnya, ibu bapa juga boleh mengadakan aktiviti kekeluargaan进行家庭活动 dalam melahirkan individu yang penyayang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti mengadakan hari keluarga dan membawa anak-anak mereka menziarahi datuk, nenek atau saudara mara di kampung untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Secara tidak langsung, aktiviti ini mampu membentuk keperibadiaan yang baik dalam kalangan anak.

            Kesimpulannya, anak merupakan harapan dan bakal pemimpin negara. Ibu bapa perlu memikul tanggungjawab untuk melahirkan insan yang sempurna. Dengan adanya modal insan yang cemerlang, negara kita akan sentiasa maju dan makmur.

没有评论:

发表评论

欢迎留言^^