页面

2013年4月3日星期三

Peranan Ibu Bapa Mewujudkan Masyarakat Penyayang 父母的角色以呈现爱心的社会


             Sebagaimana yang kita sedia maklumkan bahawa  ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam institusi keluarga. Mereka bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga malah juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Oleh itu, terdapat pelbagal Iangkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat penyayang pada alaf baru ini.

             Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka 给予孩子足够的爱seperti menatang minyak yang penuh. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa lebih mementingkan pekerjaan dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka. Sebagai contoh, mereka boleh makan dan menonton bersama-sama anak-anak. Jelaslah aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga.

            Selain itu, ibu bapa sewajarnya memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak semenjak kecil lagi从小给予孩子完善的教育, bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dan rebungnya. Sebagai contoh,ibu bapa mesti menghantar anak-anak ke sekolah untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Ringkasnya, sikap ibu bapa yang sebegini mampu melahirkan generasi muda yang bersifat penyayang. Tegasnya, pendidikan yang sempurna membolehkan anak-anak membezakan antara perkara yang baik dan yang buruk dalam kehidupan mereka. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan masyarakat penyayang akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

            Di samping itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak给予好的榜样例子给孩子, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk dan tidak menunjukkan teladan. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang balk kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat ke rumah anak yatim atau ke rumah orang tua-tua. Ringkasnya, ibu bapa wajar menunjukkan contoh teladan yang baik agar dapat melahirkan masyarakat yang penyayang.

            Seterusnya, ibu bapa juga boleh mengadakan aktiviti kekeluargaan进行家庭活动dalam melahirkan masyarakat yang penyayang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti mengadakan hari keluarga dan membawa anak-anak mereka menziarahi datuk, nenek atau saudara mara di kampung untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Secara tidak langsung, aktiviti ini mampu membentuk masyarakat yang penyayang.

            Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan masyarakat penyayang. Dengan wujudnya masyarakat penyayang, negara kita akan sentiasa maju dan makmur.

没有评论:

发表评论

欢迎留言^^