Saya
mempunyai seorang bapa yang penyayang. Beliau berumur 45 tahun. Beliau berbadan
kurus dan tinggi.
Bapa
saya bertugas sebagai seorang doktor di hospital. Beliau seorang doktor yang
bertanggungjawab. Beliau merawat pesakit dengan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh无微不至地照顾. Beliau telah
menyelamatkan banyak nyawa yang bagai
telur di hujung tanduk处在危险/紧急的情况. Oleh
itu, saya ingin mengikut jejak跟随榜样 bapa saya.
Walaupun
sibuk mencari rezeki, bapa saya tidak pernah mengabaikan pelajaran saya dan
adik. Beliau selalu meluangkan masa
untuk menemani saya dan adik membuat kerja sekolah. Jika kami tidak memahami
sesuatu topik, bapa saya akan memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami
dengan penuh sabar. Beliau selalu menasihati kami supaya belajar
besungguh-sungguh kerana ilmu anak kunci
kejayaan知识是成功的钥匙. Oleh
itu, kami menghormati beliau.
Bapa
saya juga suka bercerita untuk menghiburkan hati kami sekeluarga. Beliau selalu
menyampaikan cerita-cerita dengan menarik. Oleh itu, kami suka mendengar
cerita-cerita yang disampaikan oleh bapa saya. Kami akan memberikan tepukan
yang gemuruh selepas mendengar cerita beliau.
Saya
suka mengajak bapa bermain bola sepak. Beliau aktif dalam sukan pada zaman
persekolahannya. Pada masa lapang, beliau juga membawa kami sekeluarga
berjoging di taman rekreasi. Oleh itu,
hubungan kami sekeluarga sangat rapat seperti
isi dengan kuku关系密切.
Saya
berasa bangga kerana mempunyai seorang bapa yang baik. Sebagai tulang belakang主要力量 keluarga,
beliau banyak berkorban demi kami sekeluarga. Saya akan belajar
bersungguh-sungguh supaya dapat membalas jasa bapa saya dan menjadi seorang
yang berjasa kepada negara.
Super saya suka ini
回复删除