Aku sebuah kereta. Aku bernama Proton Gen 2. Aku
dilahirkan di sebuah kilang kereta di Shah Alam, Selangor.
Badan aku dibuat daripada besi. Aku berwarna biru.
Aku mempunyai empat biji roda yang diperbuat daripada getah dan keluli yang
bermutu tinggi.
Selepas siap dibuat, aku dan kawan-kawan dihantar
ke sebuah kedai ejen kereta. Tuan kedai mempamerkan kami di depan kedai. Dia
melabelkan harga pada badan kami. Aku berharga RM 50000.
Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedai
untuk membeli aku. Tuan aku bernama Encik Lim. Setiap hari, dia memandu aku ke
pejabat dengan berhati-hati. Setiap minggu, tuan mencuci aku. Dia menjaga aku dengan
telitibagai menatang minyak yang penuh.
Pada suatu hari, tuan membawa aku makan angin di
Pantai Desaru. Tuan memandu dengan laju. Aku berasa takut. Tiba-tiba, aku berlanggar
dengan sebuah lori dan cedera parah. Aku dihantar ke sebuah bengkel untuk
dibaiki.
Sejak kemalangan itu, tuan menjaga aku dengan
teliti. Aku berasa gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku
berharap agar dapat berkhidmat kepada tuan aku selama-lamanya.
很好!!!我可以给我的学生抄!!!😆💓💖💖💕💜
回复删除OK
删除good
回复删除.
回复删除.
回复删除👍👍👍
回复删除