2013年1月31日星期四

SJK (C) JOHOR TAHUN 6 柔佛州六年级统一考 2012 Mac

Bahagian B : (Soalan 1)
Lengkapkan cerita dengan ayat yang diberi.
Bapa membangunkan kami pada awal pagi. Pagi itu, kami…

(这篇作文是berkelah的版本)

                Pada hari Ahad yang lalu, bapa telah bercadang membawa kami sekeluarga berkelah di tepi pantai. Cadangan ini bagai tikus jatuh ke beras. Kami sekeluarga melonjak-lonjak dengan kegembiraan selepas mendengar cadangan bapa. Ibu  (接故事从这里接,把ibu换成kami)membuat persediaan awal seperti membawa tikar, pelampung, makanan dan lain-lain. Saya dan adik pula bekerjasama meletakkan barang-barang ke dalam but kereta. Kami bertolak ke tepi pantai dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
 
            Dalam perjalanan, kami berbual-bual dengan mesra sambil menikmati panorama yang indah permai.  Kelihatan pokok-pokok di kedua-dua belah jalan meliang-liuk  bagai menyambut kedatangan kami. Kami juga makan sedikit biskut sebagai alas perut. Perjalanan ini mengambil masa selama dua jam.
 
            Apabila tiba di destinasi, kami membentangkan tikar di bawah pokok yang rendang. Saya dan adik tidak sabar untuk menyalin pakaian renang. Selepas itu, kami pun berenang di laut yang kebiru-biruan.  Bapa berehat sambil membaca surat khabar di bawah pokok untuk mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di pelosok dunia manakala ibu menyediakan makanan dan minuman sambil mendengar radio.
 
            Selepas puas berenang, kami pun naik ke pantai untuk menikmati juadah yang disediakan oleh ibu. Adik makan dengan gelojoh kerana dia sangat lapar. Kami sekeluarga ketawa terbahak-bahak apabila melihat telatah adik.
 
            Selepas menikmati juadah yang lazat, saya dan adik pun membina istana di gigi air manakala ibu bapa bermain bola tampar dengan gembira. Kami sekeluarga juga bersiar-siar di tepi pantai. Saya dan adik telah mengutip banyak kulit siput yang berbentuk unik.  Bapa juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan kamera digital sebagai kenangan manis.
 
            Sang Suria mulai terbenam. Kami pun membersihkan tapak perkelahan lalu balik ke rumah. Perkelahan ini merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Saya berasa sangat gembira pada hari itu. Saya berharap agar berpeluang berkelah di tepi pantai pada masa kelak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Karangan ini sesuai dengan soalan yang lain seperti:
1 a)   Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Berkelah Di Tepi Pantai
   b)   Pada cuti sekolah yang lalu, kamu telah pergi berkelah di tepi pantai. Tulis pengalaman kamu di sana.
   c)  Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di tepi pantai. Ceritakan pengalaman kamu sepanjang aktiviti perkelahan tersebut. Nyatakan tempat, masa, apa yang dilakukan di sana dan perasaan kamu.
   d)  Kamu dan keluarga telah pergi berkelah ke sesuatu tempat. Ceritakan pengalaman kamu semasa berkelah di tempat tersebut.
2. a ) Kamu dan keluarga telah berkelah di tepi pantai. Tulis catatan harian tentang perkelahan itu.
    b)  Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan tentang pengalaman kamu berkelah di tepi pantai.
3. a) Pada cuti persekolahan yang lalu, anda dan keluarga telah melawat ke suatu tempat peranginan. Ceritakan pengalaman anda itu.
     b) Tulisn sebuah karangan tentang aktiviti yang kamu lakukan bersama-sama keluarga pada hujung minggu.                                                                                                                                                               
     c)  Pada  cuti  persekolahan  yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga ......
     d) Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Pengalaman yang Tidak Dapat Saya Lupakan

Pertandingan Bola 球赛 (keperihalan)


Soalan:
Sekolah kamu telah mengadakan pertandingan bola.
Gambarkan suasana pada hari tersebut.

Isi内容:
Pendahuluan : bila-siapa-apa
Isi 1             : 分工合作
Isi 2            : 集合
Isi 3            : 开始
Isi 4            : 颁奖
Penutup         : 感想

      Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan pertandingan kejohanan冠军赛 bola keranjang di peringkat sekolah. Pertandingan  itu diadakan untuk mengasah bakat磨练才能 murid-murid dalam bidang sukan.
 
      Pada awal-awal pagi, murid-murid bergotong-royong membersihkan gelanggang球场. Kemudian, murid-murid menyusun kerusi untuk para pengadil dan hadirin诸位评判和来宾. Selain itu, murid-murid juga mendirikan khemah untuk peserta-peserta. Murid-murid menjalankan tugas yang diberikan dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing守望相助.
 
      Pada pukul 8.00 pagi, guru-guru dan murid-murid berkumpul di tepi gelanggang. Terdapat banyak pasukan datang dari sekolah lain. Peserta-peserta berkumpul di khemah masing-masing. Pasukan penyokong juga datang untuk menyokong pasukan masing-masing支持各自的队伍. Suasana di sana sangat meriah.
 
 
      Pertandingan bola keranjang bermula pada pukul 8.30 pagi. Setiap pemain bertanding dengan bersemangat dan lincah充满精神和敏捷. Mereka ingin memperoleh pingat emas获得金牌. Para penyokong bersorak-sorai untuk menaikkan semangat提高士气 pasukan mereka. Para penyokong pula bertepuk tangan apabila pasukan mereka berjaya menjaringkan bola成功进球.
 
      Akhirnya, pasukan sekolah saya muncul sebagai johan. Murid-murid berasa besar hati 光荣kerana dapat mengharumkan nama sekolah为校争光. Selepas itu, Guru Besar menyampaikan pingat kepada para pemenang诸位胜利者. Beliau menasihati para peserta supaya yang menang jangan sombong, yang kalah jangan berputus asa胜不骄,败不馁.
 
      Pada pukul 2.00 petang, pertandingan bola keranjang pun tamat. Semua hadirin bersurai lalu balik ke rumah masing-masing. Saya berasa puas hati满意 kerana dapat menyaksikan perlawanan yang menarik精彩的比赛.

2013年1月29日星期二

Peranan pelbagai pihak untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan masyarakat


               Dalam mendepani arus modenisasi global在面对全球现代化的局势面前, masyarakat begitu mengejar harta, pangkat dan kejayaan. Dengan ini, untuk mencapai matlamat tersebut, kita seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu supaya tidak ketinggalan dengan pemodenan yang dikecapi 被体验oleh negara kita. Tahap literasi 阅读与书写能力rakyat dapat menentukan kemajuan sesebuah masyarakat. Oleh itu, perlulah kita memikul tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia dengan menyemarakkan 扩展minat membaca dalam kalangan kanak-kanak kerana mereka merupakan aset资产 dan tunggak negara国家的根基. Pendek kata, institusi keluarga memainkan peranan yang penting dan tidak harus bersikap seperti hangat-hangat tahi ayam三分钟热度 dalam menyemai 播种minat membaca dalam kangan anak-anak.
                Saya setuju bahawa institusi keluarga berfungsi 具有任务sebagai institusi yang menyediakan pendidikan tidak formal dalam kalangan anak-anak. Akan tetapi, adakah kenyataan 事实tersebut mengizinkan ibu bapa alpa dan lalai 疏忽和粗心大意tentang tanggungjawab mereka untuk menanam minat membaca anak? Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan masa seorang kanak-kanak dihabiskan bersama-sama dengan ibu bapa. Dengan ini, patutlah ibu bapa meluangkan masa untuk membaca bersama-sama dengan anak. Hal ini demikian kerana “ melentur buluh biar dari rebungnya教育从小开始”. Ibu bapa harus menyemai minat membaca anak-anak sejak kecil lagi agar minat membaca dapat dijadikan sebagai suatu tabiat ataupun amalan习惯. Bak kata pepetah “ alah bisa tegal biasa习以为常”. Konklusinya结论, tahap literasi rakyat dapat ditingkatkan secara mendadak jika setiap keluarga mengamalkan usaha tersebut.
                Bagaimana acuan, begitulah kuihnya有其父必有其子” merupakan salah satu peribahasa yang selalu kita dengar.  Jika peribahasa tersebut diaplikasi 被实践dalam situasi tersebut, kita jelas bahawa ibu bapa merupakan tokoh人物 kepada anak mereka untuk diikuti被模仿. Dengan ini, ibu bapa perlu sedar akan peranan mereka dalam sesebuah institusi keluarga. Ini disebabkan anak-anak yang kurang matang tidak dapat membezakan antara intan dengan kaca懂得分辨好与坏. Mereka tidak mengamalkan peribahasa “ yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan好的作为榜样,坏的作为边境”.  Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menunjukkan minat membaca agar dapat diteladani被仿效. Dalam jangka masa yang panjang, anak akan mengikut jejak跟随脚步 ibu bapa mereka dan seterusnya menjadikan membaca sebagai amalan.
                Selain itu, ibu bapa boleh menyediakan keadaan yang bersesuaian di rumah supaya minat membaca dapat dimanifestasikan被显露出. Ibu bapa boleh membeli buku-buku yang memanfaatkan serta menyediakan perpustakaan mini supaya dapat melahirkan minat membaca dalam kalangan anak. Lama-kelamaan, anak-anak akan tertarik 被吸引dengan buku yang dibekalkan 被供给dan seterusnya mempunyai minat dalam membaca. Pendek kata, ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu厌烦 menyediakan buku-buku. Bak kata pepatah “ genggam bara api biarlah sampai menjadi arang持之以恒”.
                Walau bagaimanapun, pihak sekolah merupakan pihak yang penting dalam usaha menanam minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana sekolah boleh dikatakan sebagai rumah kedua 第二个家seseorang anak. Oleh hal yang demikian, pendekatan步骤 agresif 积极的perlu diadakan. Pihak sekolah haruslah menyedarkan para pelajar tentang kepentingan minat membaca. Tanpa kesedaran tersebut, segala usaha yang diadakan menjadi sia-sia白费的 seperti mencurah air ke daun keladi白费心机”.  Selain itu, kempen yang menarik perlu dianjurkan被举办 secara berterusan supaya minat membaca tidak semakin hari semakin lenyap消失. Oleh itu, dengan langkah yang drastik猛烈的 tersebut, minat membaca dapat dimanifestasikan被显露出 selain disemarakkan supaya pelajar tidak seperti katak di bawah tempurung知识肤浅 .
                Pada masa yang sama, kerajaan perlu mencampur tangan 参与dalam usaha menanam minat membaca agar keberkesanannya有效率 lebih menyeluruh更全面的. Insentif 奖励boleh diberikan kepada keluarga yang kurang berupaya supaya mampu membeli bahan bacaan yang bukan sahaja diminati, malah dapat dimanfaatkan被充分利用 oleh anak. Di samping itu, pameran buku secara besar-besaran, meluas dan menarik harus diadakan supaya dapat meningkatkan minat membaca anak yang bakal将要 menjadi pemimpin negara. Sementara itu, cukai import 进口税bahan bacaan harus dikurangkan agar buku yang berkualiti itu mampu dibeli oleh rakyat tempatan. Konklusinya结论, kerajaan perlu berusaha dengan gigih supaya minat membaca dapat diwujudkan被体现. Bak kata pepatah “ di mana ada kemahuan, di situ ada jalan有志者,事竟成”.

                Intihanya结束, segala usaha yang dilakukan tidak mungkin menjelma演变 dalam sekelip mata转眼间 tetapi kita harus terus menggemblengkan tenaga结合力量 supaya dapat membuahkan hasil 使有成果yang lumayan. Bak kata pepatah “ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih有心做事就会有很多方法达到目的”.  Semua pihak haruslah bangun daripada terus dibuai 被摇摆dalam mimpi indah 梦幻supaya tidak menceroboh侵犯 hasrat 渴望kerajaan untuk merealisasikan 使体现wawasan宏愿 2020.

Cara-cara untuk membalas jasa ibu bapa


                Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan kita最靠近我们的人. Sedia kita maklum, ibu bapa merupakan tonggak keluarga家庭的支柱. Mereka mendidik kita dan memberikan perlindungan给予保护 kepada kita. Ibu bapa juga merupakan insan yang paling berjasa最有功劳的人dalam hidup kita. Justeru, kita mestilah membalas jasa ibu bapa. Sebagai anak, apakah cara-cara dapat membalas jasa yang tidak dapat ternilai不能够估价的oleh ibu bapa?

                Sebagai anak, kita perlu menurut nasihat ibu bapa dan taat kepada mereka. Selain itu, kita juga hendaklah membezakan sesuatu antara baik dengan buruk. Dengan ini, kita tidak mudah melakukan kesalahan dan membimbangkan ibu bapa. Di samping itu, kita juga perlu memastikan sendiri berada di landasan yang betul在正确的轨道. Misalnya, kita perlu mengelakkan amalan yang kurang baik seperti berjudi, penteng sekolah, melakukan masalah disiplin dan sebagainya. Bak kata pepatah,’berfikir sebelum bertindak三思而后行. Sebagai anak, kita janganlah menyakitkan hati ibu bapa.

                Di samping itu, kita tidak boleh bersikap materialistik 唯物的态度sebagai anak. Kita mestilah bersikap jimat-cermat. Contohnya, tidak membuang makanan sewenang-wenangnya 随意dan sesuka hati任意. Tambahan pula, sikap berjimat-cermat juga merupakan amalan yang mulia dan baik. Bertolak titik dari situ从这点开始, kita janganlah terlalu mementingkan kemewahan dan kebendaan 太注重荣华富贵和物质dan memboros wang挥霍金钱 dengan sesuka hati.

                Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan ibu bapa. Misalnya, kita boleh bersenam bersama-sama ibu bapa seperti berjoging, berenang, bermain permainan bola dan lain-lain. Dengan ini, kita dapat berpeluh dan mengerakkan otot-otot. Melalui bersenam, kita dapat menyihatkan badan dan menghindarkan diri dan ibu bapa daripada penyakit. Bak kata pepatah,badan sihat, otak cergas身体健康,头脑聪明’. Dengan ini, kita akan bersemangat dan dapat meningkatkan produktiviti kerja工作生产力. Selain bersenam, kita juga boleh menonton televisyen bersama-sama ibu bapa. Dengan ini, kita dapat berhibur sendiri manakala tekanan ibu bapa dalam bekerja juga akan hilang. Selain itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim 使到友好/亲属关系更密切kita. Lama-kelamaannya, hubungan kita akan menjadi erat seperti isi dengan kuku关系密切.

                Di samping itu, kita juga hendaklah menolong ibu bapa melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik. Hal ini disebabkan, ibu bapa sibuk bekerja di luar dan tidak dapat meluangkan masa untuk membuat kerja rumah. Justeru, sebagai anak, kita mestilah mengurangkan beban ibu bapa. Dengan ini, ibu bapa akan berasa seronok ketika balik ke rumah. Selain itu, kita juga hendak belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Jika kita mendapat keputusan yang cemerlang, ibu bapa akan berasa besar hati 光荣terhadap kita.

                Cara yang lain ialah sebagai anggota keluarga, kita perlulah saling menghormati dan saling menolong apabila menghadapi masalah. Misalnya, kita boleh meluahkan perasaan倾诉感受 dan isi hati 内心的感受antara satu sama lain. Kita juga boleh menjadi pendengar setia 忠实听众kepada ibu bapa untuk melepaskan tekanan mereka. Dengan ini, perselisihan faham 误会纠纷tidak akan berlaku. Selain itu, kita juga perlulah memberikan kasih sayang dan prihatin kepada ibu bapa. Dengan ini, ibu bapa akan berasa bersyukur dengan anak-anaknya. Jadi, kita dapat hidup dalam suasana yang harmoni. Selain itu, kita juga bolehlah membuat kad untuk menghantar mesej kasih sayang kepada ibu bapa semasa hari ibu bapa atau hari jadi mereka. Sebaliknya, sebagai anak, kita tidak perlu membeli hadiah yang mahal kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana sesuatu kad sudah cukup menggembirakan ibu bapa.

                Sebagai intihanya作为总结, kita perlulah membalas jasa yang tidak dapat ternilai. Janganlah bersikap kacang lupakan kulit不要有忘恩负义的态度. Anak bagai kain putih, ibu bapa yang mencoraknya 孩子就好像一块白布,绘画他的是父母manakala ibu bapa bagai lilin, anak-anak yang membalas jasanya父母就好比蜡烛,报答他的是孩子. Konklusinya总结, jika setiap keluarga dapat hidup dengan bahagia, masalah masyarakat dapat dikurangkan. Dengan ini, negara akan cepat canggih dan aman.

2013年1月26日星期六

Karangan - Punca / Faktor / Sebab (Masalah Remaja)


Karangan (punca/faktor/sebab-masalah remaja)
Pendahuluan:
Ø  Sejak kebelakangan ini, ______________________semakin berleluasa dan menjadi-jadi.
 
Ø  Masalah ini membimbangkan dan merimaskan pelbagai pihak.
 
Ø  Apakah faktor-faktor yang menyebabkan gejala tersebut berlaku?
 
 
Isi 1: Pengaruh rakan sebaya:
 
Ø  Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan punca utama yang menyebabkan __________________________.
 
Ø  Hal ini demikian kerana rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dengan remaja selain ibu bapa mereka.
 
Ø  Remaja mudah dan gemar terikut-ikut perbuatan rakan sebaya yang jahat.
 
Ø  Mereka tidak mempunyai fikiran yang matang dan tidak dapat berfikir secara rasional.
 
Ø  Dengan ini,  remaja mudah dicabar oleh rakan sehingga bercermin di air keruh.
 
 
Isi 2: Ibu bapa:
 
Ø  Selain itu, ibu bapa terlalu sibuk mencari rezeki dan mengejar kemewahan juga menyumbang kepada _______________________________.
 
Ø  Ibu bapa tidak mempunyai masa untuk menemani dan mengawasi tingkah laku anak emas mereka.
 
Ø  Hal ini menyebabkan anak-anak berasa kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa.
 
Ø  Anak mereka bebas melakukan apa-apa yang diingini untuk mendapat perhatian daripada orang lain.
 
Ø  Dengan ini, remaja mudah terjerumus ke dalam lembah kehinaan.
 
 
Isi 2: Ibu bapa:
 
Ø  Selain itu, sesetengah ibu bapa juga tidak memberikan teladan yang baik kepada anak mereka.
 
Ø  Anak umpama kain putih, ibu bapa yang menjadi pencoraknya.
 
Ø  Lazimnya, anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka seperti peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
 
Ø  Adakah anak akan menerima nasihat ibu bapa supaya tidak ___________________________ jika ibu bapa mereka bersikap bagai ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul?
 
 
Isi 3: Sekolah:
 
Ø  Di samping itu, sesetengah pihak sekolah tidak mengambil tindakan yang serius dan tegas juga memburukkan masalah ini.
 
Ø  Contohnya, pihak sekolah tidak memperketat peraturan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap pelajar yang _____________________________.
 
Ø  Pihak sekolah gagal mengambil tindakan yang sewajarnya seperti melepaskan batuk di tangga.
 
Ø  Dengan ini, pelajar tidak akan menyedari kesalahan diri dan terus terlibat dalam gejala ini.
 
 
Isi 4: Media massa:
 
Ø  Media massa  juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan ______________________________________________________.
 
Ø  Hal ini demikian kerana media massa mempunyai pengaruh yang besar dalam era pemodenan ini.
 
Ø  Contohnya, media massa banyak memaparkan filem dan rancangan yang berunsur negatif seperti jenayah, seks dan keganasan.
 
Ø  Filem-filem tersebut akan mempengaruhi dan menjejaskan fikiran remaja.
 
Ø  Remaja suka terikut-ikut atau meniru perbuatan watak dalam filem.
 
Ø  Lebih-lebih lagi, golongan remaja suka memberontak dalam peringkat umur ini.
Ø  Dengan itu, remaja mudah terjerumus ke dalam kancah _____________________.
 
 
Penutup:
 
Ø  Kesimpulannya, ______________________________________tidak patut dipandang ringan.
 
Ø  Golongan pemuda dan pemudi ialah harapan dan bakal pemimpin negara.
 
Ø  Oleh itu, remaja dinasihati supaya tidak terlibat dalam gejala yang negatif ini kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.