广告链接

*广告*

赖老师-专页 (按个赞)

2013年9月28日星期六

Tingkatan 1- Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu (马来苏丹王朝的继承)

Sistem Pemerintahan = cara pentadbiran dan pengurusan sesebuah kerajaan
Struktur pentadbiran Negeri-negeri Melayu













✎ Raja / sultan menjadi lambang kedaulatan [memiliki kesempurnaan, kebolehan dan keistimewaan mentadbir kerajaan]。好处:
(a) 确保pembesar dan rakyat menjalankan tugas 
(b) 确保人民的keamanan, kesetiaan dan sokongan terhadap pemerintahan.

Alat kebesaran --> Menjadi kedaulatan sultan ***
(i) Tengkolok, destar, keris, pedang, kembing dan timbak berambu ....等等
(ii) Cop Mohor --> mengesahkan arahan & lambang surat rasmi kerajaan **

Warna kuning 用来装饰东西如手帕,床褥,枕头套等等。
- 黄色的雨伞是国王的孩子用的
- 白色的雨伞是国王自己用的

Nobat terdiri  daripada semambu [ketua nobat 使用] ,gong, nafiri, serunai, dua gendang besar dan dua gendang kecil 。Nobat 适用的场面:
(i) upacara pertabalan diraja [加冕礼]
(ii) kemangkatan raja dan kerabatnya [死亡]
(iii) keberangkatan raja ke balairung seri [启程]

✎ 宫廷用语:bersiram, bersantap, berangkat,beta, bersemayam, mangkat, gerin...
✎ sultan 的指示必须做到,否则会遭到 tulah [诅咒] ***
 - Tulah 是 bencana yang menimpa individu, masyarakat atau negara

✎ Pembesar 被赋予权利 mentadbir dan mengutip cukai di suatu kawasan。Sultan 通过surat tauliah 委任 pembesar jajahan dan daerah。Pembesar 的工作:
(a) Menjaga dan mengekalkan keamanan
(b) mempertahankan kedaulatan negeri
(c) menyerah sebahagian hasil dan cukai kepada kerajaan serta menyediakan tenaga kerja

✎ Ketua  kampung (也被称 penggawa / penghulu)的工作:
(i) memungut cukai
(ii) membekalkan tenaga tentera
(iii) mengekalkan taat setia masyarakat kampung
(iv) menjadi perantara antara pembesar dengan rakyat

✎ Golongan agama 的职责:
(a) penasihat sultan, kadi, mufti atau pembesar negeri
(b) menjadi pendakwah, mengendalikan pengajian agama, menghasilkan karya agama
(c) 在kampung, 他们成为 imam, khatib, bilal, juru nikah

✎ Ahli magis [bomoh/pawang] 占朴师&巫师:
(i) mahir dalam perubatan,对草药拥有丰富的知识
(ii) dilantik menjadi pemimpin dalam masyarakat kampung

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negeri Sembilan
- Sembilan 的 sistem pemerintahan 很特别,是根据Adat Pepatih 的,不像其他州属是Adat Temenggung。这两个adat 来自 Sumatera,Indonesia。
- Adat ini terbentuk apabila seorang pembesar Sumetera membahagikan kawasan pentadbiran kepada dua orang anaknya iaitu, Datuk Pepatih dan Datuk Temenggungan.
- Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang memerintah Palembang.
- Adat Temenggung  kini diamalkan di semua negeri  kecuali Negeri Sembilan dan Naning.

Undang-Undang Adat => peraturan kebiasaan dalam masyakatat,并一代传一代

Adat Temenggung 
(i) Sistem pemerintahan bercorak autokratik
(ii) Sistem kekelurgaan mengikut sebelah obu dan ayah,lelaki diberi keutamaan
(iii) Perkahwinan mengikut hukum syarak
(iv) 在财产分配,男生被注重因为责任较大
(v) Hukuman bertujuan memberi pengajaran [惩罚比较重]

Adat Pepatih
(i) Menekanan unsur demokratik dan permuafakatan
(ii) keluarga sebelah ibu diberi keutamaan
(iii) Perkahwinan sesama suku dilarang
(iv) 财产分配,女方被注重
(v) Hukuman bertujuan memberi pemulihan [惩罚比较轻,只是给个提醒]

这两个 adat 都要记,很容易的,Temenggung 重男轻女,惩罚是为了给予教训。Pepatih 重女轻男,惩罚是为了原谅以便不再重犯,所以算起来说 pepatih 会比较公平。


Pemilihan Pemimpin dalam Adat Pepatih:

Yamtuan besar
Undang [选Yamtuan besar]
Lembaga [选Undang]
Buapak [选Lembaga]
Anak Buah [选Buapak]



✎ Sembilan 有代表 kekuasaan dan pengesahan Yang Dipertuan Besar 的 alat kebesaran:

-16 kaki payung kuning
-16 bilah pedang                                                      

-16 bilah keris panjang
-16 batang tombak benderang
-8 buah tepak sirih
-8 buah tempat abu
-8 batang tiang lilin
-4 tunggul [panji-panji] yang berwarna kuning
-2 tunggul [panji-panji] yang berwarna merah
-2 tunggul [panji-panji] yang berwarna hitam.

 
Undang-undang Bertulis

- merupakan himpunan, peraturan, larangan dan adat istiadat dalam bentuk bertulis

- 最早期的:

(a) Hukum Kanun Melaka          

(b) Undang-undang Laut Melaka

- Undang ini digubal pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, tersebar ke Johor, Perak, Pahang dan Kedah。[这些州在之前是Melaka的地所以penyebaran 发生]

- 其他的 undang :Undang-undang Pahang, Undang-undang 99 Perak, Undnag-undang Kedah

以上undang 的内容我就不写了,很少出,要看的话自己找资料。



Kegiatan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu

1) Pertanian

✎ padi sawah, padi huma. sayur, buah-buahan, ubi [sumber makanan penting]

✎ Kawasan utama pertanian berhampiran dengan sungai 因为 tanah subur dan mudah mendapatkan sumber air。[复习一下Geografi, 如果问题问为什么petempatan选择 lembah sungai 答案要选 tanah subur]
✎ 工具:
(i) Bajak
(ii) Tenggala
(iii) Penggelek      

(iv) Penyisir
(v) Pencakar
(vi) Sabit
(vii) Cangkul 

✎ Empangan air => menambah hasil pengeluaran

2) Perikanan
✎ 工具:
(i) Serkap, Tangguk, Bubu, Tanggul

3) Kraf Tangan
✎ 用 sumber semula jadi
(i) daun mengkuang, daun pandan, nipah 等等
(ii) 做成 bakul, tikar tudung saji 等等

4) Perlombongan
✎ 用 kaedah mendulang atau melampan
✎ bijih timah => Lembah Kinta, Larut, Negeri Sembilan, Sungai Linggi, Sungai Ujong...
✎ Emas =>Kelantan, Pahang(Raub), Terengganu

A) Sistem Percukaian [谨记]
- Cukai labuh batu => cukai dipungut di kawasan tertentu di sepanjang sungai
- Cukai bebas kuala => cukai dipungut di kuala sungai

B) Sistem Serah ***
- Raykat 给 pembesar sebahagian daripada hasil tanaman sebagai balasan yang menyediakan tanah kepada rakyat

C) Sistem Kerah
- Membuat sesuatu kerja tamnpa upah 如建造皇宫,kubu 等等
- menunjukkan taat setia, sedia berkorban, dam berganding bahu


Perdagangan

✎ Pusat perdagangan  terletak di pelabuhan berhampiran kuala sungai
- Barang kegiatan utama => rempah, garam, hasil tenunan....
- Kegiatan mengumpulkan hasil hutan dikenali sebagai meramu
- Sistem bater => 换东西
- Selepas berlaku perkembangan ekonomi, mata wang digunakan。早期的钱:
(i) Kulit siput geweng dan gerus

- 过后使用mata wang logam diperbuat drp emas dan timah。各州用的钱:
a) Melaka=wang logam kaleng (calains) (timah)
b) Terengganu = wang emas dan kupang yang berbentuk segi lapan, wang syiling keping atau pitis serta jokoh
c) Johor= mas dan kupang (emas)
d) Kelantan=wang emas kijang, dinar, kupang dan pohon pitis 
e) Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak = jongkong tampang/timah
f) Selangor = tampang sebuaya (timah)
g) Kedah = mata wang berbentuk ayam jantan.



Timbangan, Sukatan dan Ukuran

目的:memudahkan urusan jual beli

A) Sukatan [mengukur isipadu suatu benda], Contoh:

(i) Alat kaul, cupak, gantang => menyukat beras, bijih timah, rempah, garam dan kacang


B) Timbangan [mengukur berat suatu barang]

(ii) Alat dacing dan pikul => emas, perak, bijih timah dan rempah

 
✎ 在Kedah, relung digunakan mengukur keluasan tanah

测量短距离 => 用身体部位如sejengkal(虎口), Sehasta(腕尺)

✎ Mengukur jarak  => sepelaung, setanak nasi, sehari, sepekan, sepurnama **[谨记]
 
Pengangkutan
1. Masyarakat Melayu tradisional menggunakan jalan air dan darat untuk tujuan perhubungan dan pengangkutan.
2. Jalan air (sungai dan laut) 重要,因为运东西更快更方便。
3. 马来人用的水上交通工具= jalur, kolek, perahu dan sampan.
4. Masyarakat Melayu tradisional juga menggunakan Denai Penarikan.
a) Jalan ini menghubungkan Melaka dengan Pahang.
b) Penggunaan jalan ini memerlukan penggunanya terpaksa menarik perahunya untuk sampai ke sungai.
c) Penggunaan denai ini menjimatkan masa perjalanan.
5. Masyarakat Melayu tradisional juga menggunakan gajah, kerbau atau lembu untuk mengangkut barang.

Sosiobudaya
Sosiobudaya merangkumi corak kehidupan yang menjadi amalan masyarakat.

Struktur Masyarakat Melayu tradisional
1. Struktur masyarakat merupakan pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan sosial dalam sesuatu hierarki kedudukan.
2. Kedudukan seseorang dalam hierarki ditentukan melalui dua cara:
a) Taraf sedia
Petukaran tugas atau pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosialnya.
b) Taraf percapaian
i. Kedudukan seseorang dalam susun lapis masyarakat berubah ke lapisan yang lebih tinggi.
ii. Perubahan dalam susun lapis disebabkan oleh kebolehan istimewa atau khidmat baktinya kepada pemerintah.

3. Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah.
4. Pembahagian ini menjadi satu cara untuk menjelaskan peranan dan tanggungjawab setiap lapisan masyarakat mengikut fungsinya.
 
Golongan Pemerintah1. Peranan raja/sultan dalam masyarakat Melayu tradisional:
a) Pemerintah tertinggi
b) Memelihara perpaduan, keamanan, dan kemakmuran negeri.

2. Raja dibantu oleh kaum kerabatnya.
a) Mereka membantu raja dalam pentadbiran dengan mengerjakan tugas rasmi yang diberikan oleh raja.
b) Mereka juga dilantik menjadi pembesar di daerah atau raja di jajahan.

3. Golongan pembesar membantu raja menjalankan pentadbiran.
a) Pembesar boleh mengarahkan rakyat melakukan kerja awam demi kepentingan negara.
b) Jawatan pembesar disandang secara pewarisan dan mereka dilantik oleh raja atau sultan.
- Di Melaka, jawatan Laksamana disandang oleh keluarga Hang Tuah.

4. Golongan ulama juga merupakan golongan pemerintah.
a) Golongan ulama terdiri daripada ulama tempatan dan ulama luar negeri.
b) Mereka membantu kerajaan mendidik rakyat supaya berakhlak mulia.
c) Selain menjadi penasihat sultan, mereka juga bertugas sebagai guru agama, kadi atau imam.

5. Golongan pemerintah juga terdiri daripada pendeta.
a) Pendeta berkemahiran dalam ilmu pengetahuan.
b) Mereka mahir dalam bidang salasilah raja, kesusasteraan, kebudayaan, kesenian dan adat istiadat Melayu.
c) Mereka juga menjadi pakar rujuk raja atau sultan dan rakyat.

Golongan Diperintah
Golongan diperintah terdiri daripada golongan merdehaka dan hamba.
1. Golongan merdeheka terdiri daripada rakyat biasa yang bermastautin tetap dan juga orang asing.
a) Rakyat biasa.
i. Rakyat biasa menjadi pedagang, peniaga, petani, tukang ukir, pembuat senjata, dan barang tembikar.
ii. Ada di kalangan mereka yang menjadi penghibur raja, pelakon sandiwara, pawang atau bomoh.
b) Orang asing
i. Orang asing turut membantu kerajaan dengan menjadi askar upahan, pedagang, atau bomoh.
ii. Mereka mematuhi undang-undang dan adat yang sedia ada di negeri Melayu meskipun mereka bebas melakukan sebarang kegiatan.

2. Golongan hamba 地位最卑贱。
Terdapat 3 jenis hamba dalam masyarakat Melayu tradisional, iaitu:
a) Hamba raja
b) Hamba berhutang
c) Hamba biasa.
Golongan hamba membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan pertanian, perlombongan dan pertahanan.

Dalam masyarakat Melayu tradisional, hubungan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah berasaskan sikap hormat-menghormati.

Gaya Hidup Golongan Bangsawan
1. Gaya hidup raja dan kerabat diraja diamalkan di istana manakala gaya hidup pembesar dan rakyat jelata diamalkan di luar istana.
2. Ciri-ciri gaya hidup golongan bangsawan
a) Golongan pembesar dan bangsawan mengamalkan gaya hidup yang unik dan tersendiri.
b) Gaya hidup mereka merangkumi adat istiadat, bahasa dan cara berpakaian.
3. Semasa upacara pertabalan Sultan Melaka,
a) Bendahara duduk berhampiran dengan singgahsana.
b) Laksamana dan Seri Bija Diraja membawa pedang kerajaan.
c) Alat-alat kebesaran kerajaan seperti keris panjang, cogan, tepak, ketur, tempat bara, dan kitab al-Quran dibawa bersama.

4. Kemangkatan raja juga mengikut tatacara tertentu
a) Apabila berlaku kemangkatan raja, jenazah al-marhum disempurnakan mengikut hukum agama Islam.
b) Menurut adat kemangkatan raja, bendera kuning akan diturunkan dan digantikan dengan bendera putih. [降黄旗,升白旗]
c) Tembakan meriam dilepaskan bagi menghebahkan kepada rakyat tentang kemangkatan raja.[还放炮,好像庆祝酱]
d) Upacara pelantikan raja yang baru turut diadakan. [旧的一死,马上选新的]

5. Adat menjunjung duli
a) Adat menjunjung duli dilakukan oleh pembesar sebagai tanda hormat dan taat kepada raja.
b) Istiadat ini dilakukan di balairung seri ketika menghadap dan menyembah raja.

8. Pakaian diraja dibuat dengan menggunakan emas dan dihiasi dengan permata.
9. Alat perhiasan yang dipakai terdiri daripada:
- Pending 胸饰
- Dokoh
- Bengkung腰带
- Keris
10. Gaya hidup golongan bangsawan melambangkan status kedudukan yang tinggi.
11. Gaya hidup mereka juga membezakan mereka daripada rakyat biasa.

Gaya Hidup Golongan Rakyat
1. Antara nilai-nilai murni yang menjadi amalan masyarakat Melayu ialah gotong-royong.
a) Gotong-royong diamalkan semasa mengadakan majlis perkahwinan, bersawah, dan membina jalan.
b) Di utara Semenanjung Malaysia, amalan ini dinamakan berderau atau berseraya.
3. Menghormati jiran juga menjadi amalan utama dalam masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu, jiran dianggap sebagai keluarga terdekat.
4.Budaya budaya menghormati pemimpin dan orang yang lebih tua ditunjukkan melalui pelbagai cara.
i. Menggunakan panggilan pak long, mak long, pak cik, mak cik.
ii.Membongkokkan badan apabila berlalu di hadapan orang tua.
iii. Mencium tangan orang tua.
5.Masyarakat Melayu juga mengamalkan budaya ziarah-menziarahi.
a) Tetamu memberi salam dan dijawab oleh tuan rumah.
b) Tetamu membasuh kaki dan bersalaman dengan tuan rumha.
c) Tuan rumah akan mempersilakan tetamu masuk.
d) Tikar dihamparkan untuk tetamu duduk.
e) Tepak sirih disorongkan dan tetamu dihidangkan dengan makanan dan minuman.
f) Sebelum makan, mereka akan membasuh tangan dan membaca doa.
g) Mereka menggunakan tangan kanan untuk menyuap makanan.
h) Ketika makan, mereka kurang berbual atau ketawa kerana perbuatan itu dianggap tidak sopan.


6. Amalan tolong-menolong dan toleransi dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.
7. Gaya hidup golongan rakyat mencerminkan kehidupkan mereka yang bersatu padu, harmonis, dan bersemangat masyarakat.

Kegiatan Sosiobudaya
Kegiatan Masa Lapang
a) Masa lapang golongan pemerintah ialah waktu mereka tidak menjalankan urusan pentadbiran negara.
b) Masa lapang golongan rakyat pula ialah semasa menunggu hasil atau selepas menuai hasil.
c) Masa lapang juga merujuk kepada waktu petang atau malam.
2. Golongan bangsawan dan rakyat menggunakan masa lapang dengan melakukan pelbagai aktiviti.
Antaranya ialah:
a) Bermain sepak raga
b) Bermain catur
c) Bermain senjata
d) Bersilat
e) Menunggang kuda
3. Di istana, golongan penghibur seperti tukang cerita, penyair, penyanyi dan ahli muzik menghiburkan sultan dan pembesar.
4. Antara persembahannya ialah:
a) Tarian Asyik
i. Tarian ini ditarikan di istana Kelantan.
ii. Asyik membawa maksud kekasih.
iii. Oleh itu, Asyik ditarikan secara lemah-lembut dan tertib.
iv. Tarian ini dipersembahkan dalam majlis perkahwinan dan hari perayaan yang lain.
v. Antara alat muzik yang digunakan ialah rabab, gambang dan gedombak.
b) Tarian Mak Yong

5. Golongan rakyat jelata mengisi masa lapang dengan bermain:
a) Layang-layang.
b) Gasing
c) Congkak
d) Bersilat

6. Ada di kalangan mereka yang pandai bercerita, berpantun dan bersyair.
7. Aktiviti masa lapang penting kerana:
a) Memupuk persefahaman
b) Menggalakkan semangat saling bantu-membantu.
c) Dapat menajamkan fikiran dan ingatan.

Karya Persuratan
1. Dalam masyarakat Melayu tradisional, pengarang menyampaikan buah fikiran melalui karya persuratan yang dihasilkan dalam tulisan jawi.
2. Karya persuratan masyarakat Melayu tradisional dihasilkan dalam pelbagai bidang.
3. Antaranya termasuklah bidang agama seperti fikah, usuluddin, hadis, tafsir, dan tasawuf.
4. Terdapat juga karya kesusasteraan, ketatanegaraan, sejarah, bahasa, dan perubatan.
5. Selain sastera bertulis, terdapat juga sastera lisan yang juga dikenal sebagai sastera rakyat. Antaranya adalah seperti berikut:

Cerita penglipur lara:- Hikayat Raja Muda
- Hikayat Malim Deman
- Hikayat Anggun Cik Tunggal

Cerita Jenaka:- Lebai Malang
- Pak Kaduk
- Si Luncai

Cerita Binatang:- Sang Kancil dan Harimau
- Pelanduk dan Buaya
- Kura-kura dan Arnab

Cerita Dongeng- Puteri Sa'dong- Tasik Dayang Bunting
- Cik Siti Wan Kembang

Kesenian Rakyat
1. Kesenian Rakyat adalah hasil ciptaan rakyat yang antaranya termasuklah:
a) Seni muzik
b) Seni tari
c) Seni suara
d) Seni ukir
e) Seni bina
f) Seni tekat
g) Seni tenun
h) Seni mempertahankan diri

2. Kegiatan seni penting kerana:
a) Dapat mempamerkan bakat mereka yang berkenaan
b) Dapat menunjukkan nilai mutu kesenian masyarakat yang tinggi.
c) Kegiatan seni secara berkumpulan dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.

3. Seni kreatif dan hubungan yang rapat dengan alam sekitar dapat dilihat dalam reka bentuk rumah Melayu.
a) Rumah orang Melayu memperlihatkan ciri-ciri berikut:
i. Berbumbung panjang
ii. Bertebar layar
iii. Tidak berpaku
b) Rotan dan akar kayu digunakan untuk mengikat persendian
c) Bahagian dalaman rumah dihiasi dengan pelbagai bentuk ukiran yang bermotifkan alam semula jadi.
d) Reka bentuk rumah Melayu dipengaruhi oleh unsur dari luar alam Melayu.
i. Rumah di Negeri Sembilan memperlihatkan corak seni bina rumah Minangkabau.
ii.Rumah di Kelantan, Terengganu dan Pahang dipengaruhi oleh seni bina Siam dan Majapahit.
iii.Rumah orang Melayu di Johor dipengaruhi oleh reka bentuk Belanda.

4. Masyarakat Melayu pandai mengukir tembaga, memahat dan mengukir pintu serta membuat mimbar masjid.
a) Ukiran yang dihasilkan bercorak ukiran timbul, terbenam , dan tembus.
b) Tema utama ukiran berbentuk daun, bunga dan ayat-ayat al-Quran dengan tulisan khat.

5. Seni tekat adalah sejenis seni kraf tangan yang popular di kalangan masyarakat Melayu.
a) Kain baldu dijadikan kain dasar dan disulami dengan benang emas yang berbentuk bunga dan pohon-pohon.
b) Antara seni tekat ialah kipas, bantal, dan balutan tepak sirih.

6. Seni tenun juga merupakan seni kraf tangan yang popular di kalangan masyarakat Melayu.
a) Seni tenun terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
b) Terdapat tiga jenis tenunan, iaitu tenunan biasa, benang ikat celip, dan songket.
c) Corak tenunan yang dihasilkan adalah berunsurkan tumbuhan, binatang, bunga, dan bentuk geometri.

7. Seni mempertahankan diri adalah hasil kesenian rakyat yang penting.
a) Kesenian ini turut merangkumi bermain senjata.
b) Kesenian ini dapat mendisiplinkan diri serta membentuk daya ketahanan diri seseorang individu untuk menghadapi musuh.

Adat Resam
1. Adat resam adalah amalan yang ditetapkan oleh masyarakat dan diwarisi secara turun-temurun.
2. Antara adat resam masyarakat Melayu yang masih diamalkan sehingga hari ini ialah:
a) Adat perkahwinan-
马来人结婚前,
i. Merisik
-问那个女子结婚了没
ii. Meminang
- 男方带戒指去求婚
- akad nikah 和婚礼的日期会在那天定下
iii.Akad nikah
-在新娘家举办
-dijalankan oleh jurunikah.

b) Adat menyambut kelahiran bayi
i. 婴儿出生一个星期后要剃胎毛
ii.Kenduri dan upacara mencukur rambut bayi dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t.
iii.Di sesetengah tempat, bacaan berzanji dan marhaban diadakan.
iv.Majlis diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat.

c) Adat berkhatan (割包皮)
i. Seseorang kanak-kanak Melayu lelaki yang sudah baligh atau cukup umur akan dikhatankan.
ii. Lazimnya upacara berkhatan dilakukan secara beramai-ramai.
iii.割之前,那个小男孩要先洗澡。
iv.还要先游行
v.然后Tuk Mudin就帮他割.

Pendidikan
1. Pendidikan dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pendidikan tidak formal dan pendidikan formal.
2. Ciri-ciri pendidikan tidak formal
a) Pendidikan ini berbentuk tidak formal kerana dipelajari secara tidak langsung.
b) Pendidikan disampaikan melalui cerita lisan, peribahasa, pantun, dan teka teki.
c) Kanak-kanak mempelajari tentang pantang larang, adat istiadat, dan adab sopan daripada ibu bapa atau orang dewasa yang berpengalaman.
d) Pendidikan ini berkesan khususnya di kalangan kanak-kanak.
e) Kemahiran pertukangan dan ilmu perubatan tradisional juga diajar secara tidak formal
f) Kemahiran ini diajar dan diperoleh melalui pemerhatian kanak-kanak itu sendiri.
g) Kemahiran lazimnya diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain seperti seni mempertahankan diri.
h) Pendidikan tidak formal disampaikan agar seseorang itu dapat berdikari tanpa bergantung kepada orang lain.

3. Ciri-ciri pendidikan formal.
a) Sistem pendidikan formal berkembang selepas kedatangan agama Islam.
b) Masyarakat mempelajari kitab muqaddam dan al-Quran, fardu ain, mengira, menulis jawi, tajwid, rukun Islam, dan rukun Iman.
c) Pendidikan Islam diajar di istana, masjid, pondok, madrasah, surau atau di rumah guru agama.
d) Pendidikan formal membolehkan seseorang melanjutkan pelajaran ke Makkah.
4. Pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional bertujuan melahirkan individu yang berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.


(资料来源:我的历史笔记小妹&嘻嘻外的笔记)

4 条评论:

欢迎留言^^