2013年5月8日星期三

Bapa Saya 我的父亲 (Biografi)

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Bapa Saya”.

            Saya mempunyai seorang bapa yang penyayang. Beliau berumur 45 tahun. Beliau berbadan kurus dan tinggi.

            Bapa saya bertugas sebagai seorang doktor di hospital. Beliau seorang doktor yang bertanggungjawab. Beliau merawat pesakit dengan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh无微不至地照顾. Beliau telah menyelamatkan banyak nyawa yang bagai telur di hujung tanduk处在危险/紧急的情况. Oleh itu, saya ingin mengikut jejak跟随榜样 bapa saya.

            Walaupun sibuk mencari rezeki, bapa saya tidak pernah mengabaikan pelajaran saya dan adik. Beliau selalu  meluangkan masa untuk menemani saya dan adik membuat kerja sekolah. Jika kami tidak memahami sesuatu topik, bapa saya akan memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami dengan penuh sabar. Beliau selalu menasihati kami supaya belajar besungguh-sungguh kerana ilmu anak kunci kejayaan知识是成功的钥匙. Oleh itu, kami menghormati beliau.

            Bapa saya juga suka bercerita untuk menghiburkan hati kami sekeluarga. Beliau selalu menyampaikan cerita-cerita dengan menarik. Oleh itu, kami suka mendengar cerita-cerita yang disampaikan oleh bapa saya. Kami akan memberikan tepukan yang gemuruh selepas mendengar cerita beliau.

            Saya suka mengajak bapa bermain bola sepak. Beliau aktif dalam sukan pada zaman persekolahannya. Pada masa lapang, beliau juga membawa kami sekeluarga berjoging di taman rekreasi.  Oleh itu, hubungan kami sekeluarga sangat rapat seperti isi dengan kuku关系密切.

            Saya berasa bangga kerana mempunyai seorang bapa yang baik. Sebagai tulang belakang主要力量 keluarga, beliau banyak berkorban demi kami sekeluarga. Saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membalas jasa bapa saya dan menjadi seorang yang berjasa kepada negara.

 

1 条评论:

欢迎留言^^