广告链接

*广告*

赖老师-专页 (按个赞)

2013年4月25日星期四

Orang yang Paling Saya Sayangi --Ibu Saya我最疼爱的人--我的妈妈 (Biografi)


            Orang yang paling saya sayangi ialah ibu saya. Ibu saya bernama Lim  Mei Fong. Beliau berumur 40 tahun. 

            Ibu saya berbadan sederhana dan berambut panjang. Air mukanya她的容貌 sangat cantik seperti bidadari美如天仙. Beliau ialah seorang ibu yang penyayang.

            Ibu saya bekerja sebagai guru di Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Chee Guang. Sekolah itu berhampiran靠近 dengan rumah kami. Ibu saya seorang guru yang bertanggungjawab负责任. Beliau mengajar教导 murid-murid dengan penuh sabar. Oleh itu, murid-murid menghormati ibu saya.

            Walaupun sibuk忙碌于 dengan tugas hariannya, ibu saya tetap mementingkan重视 keluarga. Setiap hari, beliau membuat kerja rumah tanpa merungut. Beliau akan memasak lauk-pauk yang sedap untuk kami sekeluarga. Pada waktu malam, beliau selalu menemani陪伴 saya dan adik mengulang kaji pelajaran. Pada masa lapang,  beliau juga akan meluangkan masa挪出时间 untuk membawa saya dan adik mengambil angin di taman bunga. Ibu saya menjaga kami dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh无微不至.

            Ibu saya suka menanam pokok bunga. Beliau menanam pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumah. Beliau menjaga pokok bunga dengan teliti dan baik. Kadang-kadang, saya juga menolong ibu saya menyiram pokok bunga.  Oleh itu, pokok bunga di rumah saya subur dan segar. Rumah saya juga kelihatan cantik seperti istana城堡. 

            Saya bersyukur kerana mempunyai ibu yang begitu baik. Saya menyayangi ibu saya. Saya akan rajin belajar untuk membalas jasa 报恩 ibu saya.

4 条评论:

欢迎留言^^