2013年3月9日星期六

Melawat ke Melaka 参观马六甲 (catatan)


SABTU, 10 OGOS 2013

6.00 pagi    :  Saya dan adik bekerjasama meletakkan barang-barang  ke dalam but kereta. Selepas itu, kami bertolak ke Melaka dengan menaiki kereta bapa. Dalam perjalanan,  kami berbual-bual dengan mesra. Kelihatan pokok-pokok di kedua-dua belah jalan meliang-liuk bagai menyambut kedatangan kami看起来马路两旁的树摇摇摆摆好像迎接我们的到来. Perjalanan ini mengambil masa selama dua jam.

 

8.30 pagi  : Kami sampai di Bandar Hilir, Melaka. Walaupun kami sampai awal, kawasan di situ telah dipenuhi pelancong kerana cuti sekolah baru bermula. Keadaan di situ penuh sesak seperti  ikan di dalam belat在那儿的情况很拥挤好像鱼在鱼笼里面(人山人海).  Banyak barangan kraf tangan dan cenderamata dijual di situ. Harganya juga sangat berpatutan. Kami  menikmati makanan di gerai-gerai berhadapan dengan kompleks membeli-belah Mahkota Parade. Kami juga tidak melepaskan peluang menikmati kelazatan masakan asam tumis yang amat terkenal. Di hadapan bangunan merah terdapat beberapa buah beca yang sedia menunggu para pelancong. Kami tidak melepaskan peluang menaiki beca sambil menikmati pemandangan menarik di sekitar bandar Melaka.

 

10.50 pagi :   Selepas makan, kami melawat ke Menara A Famosa. Menurut ayah, menara ini merupakan tinggalan Portugis ketika menjajah Melaka pada tahun 1511. Kami sempat bergambar sebagai kenangan di hadapan menara ini. Kemudian, kami mendaki anak tangga menuju ke Bukit St. Paul. Perjalanan ke puncak bukit ini amat memenatkan tetapi menyeronokkan上山顶的路程很累人但是令人感到愉快. Di puncak bukit ini, kami dapat melihat pemandangan menarik di sekitar kawasan tersebut.

 

2.00 petang:  Selepas makan tengah hari, kami melawat ke Muzium Kesultanan Melaka. Banyak barang bersejarah dipamerkan di Muzium Kesultanan Melaka. Antaranya termasuklah pakaian diraja, tembikar, keris, tombak dan sebagainya. Kami berasa kagum seperti rusa masuk kampung apabila melihat banyak tinggalan sejarah yang dipamerkan当我们看到很多被展示的历史遗物,我们感到吃惊的好像鼠鹿进乡. Lawatan ke Muzium Kesultanan Melaka telah meluaskan pengetahuan kami tentang sejarah negeri Melaka.

 

4.00 petang:  Kami melawat ke Zoo Melaka. Kami menaiki kereta api mengelilingi kawasan zoo. Kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan di dalam zoo. Antaranya termasuklah zirafah, monyet, buaya, gajah dan lain-lain. Selain itu, kami juga menyaksikan pertunjukan monyet yang melucukan. Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana yang meriah menyelubungi seluruh zoo热闹的气氛笼罩整个动物园.

 

6.00 petang:  Sebelum pulang ke Johor Bahru, kami sekeluarga sempat menjamu selera di sebuah restoran di Melaka. Saya berasa gembira kerana memperoleh banyak pengetahuan dan kenangan manis我感到很开心因为获得很多知识和甜美的回忆. Pengalaman berkunjung ke tempat bersejarah ini tadak dapat saya lupakan.

7 条评论:

欢迎留言^^