广告链接

*广告*

赖老师-专页 (按个赞)

2013年3月6日星期三

Aku sebuah kereta我是一辆车 (Autobiografi)

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Kereta”.

Aku sebuah kereta. Aku bernama Proton Gen 2. Aku dilahirkan di sebuah kilang kereta di Shah Alam, Selangor.
 

Badan aku dibuat daripada besi. Aku berwarna biru. Aku mempunyai empat biji roda yang diperbuat daripada getah dan keluli yang bermutu tinggi.


Selepas siap dibuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai ejen kereta. Tuan kedai mempamerkan kami di depan kedai. Dia melabelkan harga pada badan kami. Aku berharga RM 50000.


Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedai untuk membeli aku. Tuan aku bernama Encik Lim. Setiap hari, dia memandu aku ke pejabat dengan berhati-hati. Setiap minggu, tuan mencuci aku. Dia menjaga aku dengan telitibagai menatang minyak yang penuh.


Pada suatu hari, tuan membawa aku makan angin di Pantai Desaru. Tuan memandu dengan laju. Aku berasa takut. Tiba-tiba, aku berlanggar dengan sebuah lori dan cedera parah. Aku dihantar ke sebuah bengkel untuk dibaiki.


Sejak kemalangan itu, tuan menjaga aku dengan teliti. Aku berasa gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap agar dapat berkhidmat kepada tuan aku selama-lamanya.

 

没有评论:

发表评论

欢迎留言^^