广告链接

*广告*

赖老师-专页 (按个赞)

2013年3月9日星期六

Aku Sebuah Basikal 我是一辆脚车 (Autobiografi)


           Aku sebuah basikal. Nama aku ialah BMX. Aku dilahirkan di sebuah kilang basikal di Johor.

          Seleps siap dibuat, aku dihantar ke sebuah kedai basikal. Aku dipamerkan di dalam kedai itu. Tuan kedai itu melabelkan harga pada badan aku. Harga aku ialah RM 300.

          Pada suatu petang, seorang budak lelaki datang ke kedai. Dia ingin membeli sebuah basikal yang baharu. Dia memilih aku lalu membeli aku. Tuan aku bernama Tan Hock Seng.

          Hock Seng amat menghargai aku. Dia menunggang aku ke sekolah setiap hari dengan berhati-hati. Setiap minggu, dia akan mencuci aku. Oleh itu, aku sentiasa bersih dan cantik. Ramai kawan Hock Seng memuji aku.

          Namun, malang tidak berbau. Pada suatu hari, seekor anjing mengejar tuan aku apabila tuan aku menunggang aku ke sekolah. Hock Seng tidak ternampak longkang di hadapan. Aku terjatuh ke dalam longkang. Tuan aku berguling ke dalam longkang. Tuan aku bangun lalu menuntun aku ke sekolah. Aku telah rosak. Tuan aku berasa sakit hati.

          Ibu Hock Seng membeli sebuah basikal yang baharu dan cantik untuk Hock Seng. Hock Seng terpaksa membuang aku. Namun, aku berasa bangga kerana pernah berkhidmat kepada tuan aku.

学生作品:Lai Yico

没有评论:

发表评论

欢迎留言^^