2013年2月20日星期三

Melawat ke beberapa tempat menarik 参观几个吸引人的地方 (catatan harian)


Soalan:
Kamu dan keluarga telah melawat ke beberapa tempat menarik.
Tulis catatan harian tentang lawatan tersebut.
 
Sabtu, 10 Ogos 2013
7.00 pagi                  :    Ahli-ahli  Persatuan Sains yang  menyertai  lawatan  sambil  belajar  ke  Kuala  Lumpur  berkumpul 集合di  dewan sekolah. Selepas itu, guru yang bertugas memberikan taklimat. Kami memasang telinga洗耳恭听  apabila mendengar taklimat. Kemudian, kami bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas yang disewa khas.
 
10.30 pagi             :   Kami  tiba  di destinasi pertama. Destinasi pertama ialah Zoo Negara. Kami menaiki kereta api mengelilingi环绕kawasan zoo. Di sana, kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan di dalam zoo. Antaranya termasuklah zirafah, monyet, buaya, gajah dan lain-lain. Selain itu, kami juga menyaksikan pertunjukan monyet yang melucukan滑稽. Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh热烈. Suasana ketika itu sungguh meriah热闹.
 
12.30 tengah hari  :    Kami  berkunjung  ke  Menara  Kuala  Lumpur.  Menara  itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur.Terdapat sebuah restoran berputar旋转餐厅di tingkat atas menara itu. Oleh sebab lapar, kami menjamu selera大快朵颐 di restoran berputar. Kami menikmati makanan sambil menikmati keindahan panorama Bandar Raya Kuala Lumpur. Kami juga mengambil kesempatan untuk mengambil gambar sebagai kenangan回忆.   
 
2.30 petang      :   Selepas  makan,  kami  melawat  ke  Muzium  Negara.  Banyak  barang  bersejarah dipamerkan被展览di Muzium Negara. Antaranya termasuklah pakaian diraja, tembikar, keris, tombak dan sebagainya. Kami berasa kagum惊讶seperti rusa masuk kampung apabila melihat banyak tinggalan sejarah历史遗留物yang dipamerkan. Guru pengiring juga memberikan penerangan tentang barang-barang purba 古物yang terdapat di sana.
 
4.00 petang           :    Kami telah mengunjungi sebuah galeri seni艺术画廊 di Kuala Lumpur. Seorang pegawai di sana menyambut迎接kami dengan tangan terbuka. Kami dapat melihat pelbagai jenis lukisan dan bekas tangan yang unik独特. Barang-barang tersebut mecelikkan mata大开眼界kami. Guru pengiring juga menasihati kami supaya selalu melawat ke tempat-tempat yang menarik dalam era时代yang baru ini supaya tidak bersikap seperti katak di bawah tempurung.
 
6.00 petang             :   Kami pulang ke Johor Bahru. Saya berasa gembira kerana memperoleh获得banyak pengetahuan dan pengalaman dalam lawatan tersebut. Pengalaman berkunjung ke Kuala Lumpur ini meluaskan扩大pengetahuan saya.

1 条评论:

欢迎留言^^