2013年1月31日星期四

SJK (C) JOHOR TAHUN 6 柔佛州六年级统一考 2012 Mac

Bahagian B : (Soalan 1)
Lengkapkan cerita dengan ayat yang diberi.
Bapa membangunkan kami pada awal pagi. Pagi itu, kami…

(这篇作文是berkelah的版本)

                Pada hari Ahad yang lalu, bapa telah bercadang membawa kami sekeluarga berkelah di tepi pantai. Cadangan ini bagai tikus jatuh ke beras. Kami sekeluarga melonjak-lonjak dengan kegembiraan selepas mendengar cadangan bapa. Ibu  (接故事从这里接,把ibu换成kami)membuat persediaan awal seperti membawa tikar, pelampung, makanan dan lain-lain. Saya dan adik pula bekerjasama meletakkan barang-barang ke dalam but kereta. Kami bertolak ke tepi pantai dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
 
            Dalam perjalanan, kami berbual-bual dengan mesra sambil menikmati panorama yang indah permai.  Kelihatan pokok-pokok di kedua-dua belah jalan meliang-liuk  bagai menyambut kedatangan kami. Kami juga makan sedikit biskut sebagai alas perut. Perjalanan ini mengambil masa selama dua jam.
 
            Apabila tiba di destinasi, kami membentangkan tikar di bawah pokok yang rendang. Saya dan adik tidak sabar untuk menyalin pakaian renang. Selepas itu, kami pun berenang di laut yang kebiru-biruan.  Bapa berehat sambil membaca surat khabar di bawah pokok untuk mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di pelosok dunia manakala ibu menyediakan makanan dan minuman sambil mendengar radio.
 
            Selepas puas berenang, kami pun naik ke pantai untuk menikmati juadah yang disediakan oleh ibu. Adik makan dengan gelojoh kerana dia sangat lapar. Kami sekeluarga ketawa terbahak-bahak apabila melihat telatah adik.
 
            Selepas menikmati juadah yang lazat, saya dan adik pun membina istana di gigi air manakala ibu bapa bermain bola tampar dengan gembira. Kami sekeluarga juga bersiar-siar di tepi pantai. Saya dan adik telah mengutip banyak kulit siput yang berbentuk unik.  Bapa juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan kamera digital sebagai kenangan manis.
 
            Sang Suria mulai terbenam. Kami pun membersihkan tapak perkelahan lalu balik ke rumah. Perkelahan ini merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Saya berasa sangat gembira pada hari itu. Saya berharap agar berpeluang berkelah di tepi pantai pada masa kelak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Karangan ini sesuai dengan soalan yang lain seperti:
1 a)   Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Berkelah Di Tepi Pantai
   b)   Pada cuti sekolah yang lalu, kamu telah pergi berkelah di tepi pantai. Tulis pengalaman kamu di sana.
   c)  Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di tepi pantai. Ceritakan pengalaman kamu sepanjang aktiviti perkelahan tersebut. Nyatakan tempat, masa, apa yang dilakukan di sana dan perasaan kamu.
   d)  Kamu dan keluarga telah pergi berkelah ke sesuatu tempat. Ceritakan pengalaman kamu semasa berkelah di tempat tersebut.
2. a ) Kamu dan keluarga telah berkelah di tepi pantai. Tulis catatan harian tentang perkelahan itu.
    b)  Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan tentang pengalaman kamu berkelah di tepi pantai.
3. a) Pada cuti persekolahan yang lalu, anda dan keluarga telah melawat ke suatu tempat peranginan. Ceritakan pengalaman anda itu.
     b) Tulisn sebuah karangan tentang aktiviti yang kamu lakukan bersama-sama keluarga pada hujung minggu.                                                                                                                                                               
     c)  Pada  cuti  persekolahan  yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga ......
     d) Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Pengalaman yang Tidak Dapat Saya Lupakan

没有评论:

发表评论

欢迎留言^^